suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lama menyepi, tak aktif di media sosial... Hamilton mohon maaf kepada peminat

Hamilton baru-baru ini menandatangani kontrak setahun bersama Mercedes. Foto: Getty Images.

JAGUH Formula Satu (F1), Lewis Hamilton memohon maaf kepada peminat kerana tidak aktif di media sosial.

Menurut Hamilton, dia kini sibuk membuat persediaan untuk musim baharu yang bakal bermula pada Mac.

"Hai semua, saya sudah lama tidak muncul di sini (media sosial).

"Saya kekal positif dan teruja untuk musim depan dan tahu anda memikirkan saya.

"Harap semua sihat. Saya rindu anda semua dan tak sabar nak jumpa depan-depan tak lama lagi," ujarnya di Instagram.

Untuk rekod, Hamilton baru-baru ini menandatangani kontrak setahun bersama Mercedes.

Dia kini dalam misi untuk memburu takhta kejuaraan kelapan selepas musim F1 bermula Mac ini. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain