suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Wenger dedah pernah buat ‘tawaran lumayan’ untuk Vardy sertai Arsenal

(gambar fail) Arsene Wenger mendedahkan pernah memberikan tawaran lumayan kepada Jamie Vardy.

ARSENE Wenger mendedahkan beliau memberikan 'tawaran yang lumayan' kepada Jamie Vardy untuk menyertai pasukan Arsenal dari Leicester City, pada 2016.

Bekas pengurus Arsenal itu berusaha mendapatkan penyerang yang berpotensi tersebut.

Pemain tersebut membuat jaringan dalam 11 perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) berturut-turut.

Pencapaian itu sekali gus menarik perhatian Wenger di Stadium Emirates.

Bagaimanapun, selepas dipanggil untuk berkhidmat dalam skuad kebangsaan England bagi Euro 2016, Vardy memberikan masa depannya ke Stadium King Power.

Dan Wenger yakin Leicester City mungkin telah menawarkan wang lebih banyak daripada yang mereka tawarkan di Arsenal.

"Saya menawarkan banyak wang kepadanya pada masa itu," kata Wenger kepada beIN Sports. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain