suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Alonso dilanggar kereta ketika berbasikal, bakal jalani pembedahan

(gambar fail) Fernando Alonso terbabit dalam kemalangan ketika berbasikal. foto AFP

PELUMBA Formula Satu (F1), Fernando Alonso akan menjalani pembedahan di rahang dan wajahnya setelah dilanggar oleh sebuah kereta ketika berbasikal.

Beliau dimasukkan ke hospital di Switzerland, sekali gus menimbulkan keraguan mengenai kemunculan semulanya untuk pasukan Alpine yang baharu.

Dalam kejadian itu, Alonso, 39, dilanggar sebuah kereta dekat rumahnya di Lugano, Itali.

Beliau bagaimanapun dilaporkan sedar dan dalam keadaan stabil.

Stesen radio Sepanyol, Cadena SER mengulas mengenai beliau akan dipindahkan ke hospital lain di Switzerland, di bandar Bern, bagi menjalani pembedahan.

Dilaporkan bahawa wajah dan rahang Alonso 'parah' akibat nahas itu. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain