suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tiger Woods cedera terbabit nahas, jalani pembedahan

Tiger Woods (kiri) mengalami beberapa kecederaan akibat nahas. foto sumber Fox Sports

BINTANG golf, Tiger Woods menjalani pembedahan pada Selasa selepas mengalami beberapa kecederaan akibat kemalangan di Los Angeles, Amerika Syarikat.

Ketika kejadian, beliau memandu dalam perjalanan ke padang golf di Los Angeles, untuk satu penggambaran.

Woods, 45 tahun, memandu kereta kenderaan utiliti sukan (SUV) berseorangan, sebelum terbabit dalam nahas kira-kira pukul 7.12 pagi waktu tempatan.

Pasukan bomba yang bergegas ke lokasi kejadian terpaksa menggunakan peralatan 'jaws of life' untuk menyelamatkan beliau yang terperangkap dalam kereta.

Woods dikejarkan ke hospital berdekatan, Pusat Perubatan Harbour-UCL, di mana beliau kini menjalani pembedahan bagi merawat beberapa kecederaan di kaki.

Perkara itu dimaklumkan oleh ejennya, Mark Steinberg dalam satu kenyataan sejurus selepas kemalangan itu. - Mail Online

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain