suria

Tiger Woods pindah hospital, mungkin ambil masa beberapa bulan untuk kembali berjalan

Atlet berusia 45 tahun itu terlibat dalam kemalangan sewaktu memandu dalam perjalanan ke padang golf di Los Angeles, untuk satu penggambaran. Foto: Getty.

BINTANG golf terkenal, Tiger Woods kini dipindahkan ke sebuah hospital lain untuk meneruskan rawatannya selepas terlibat dalam kemalangan baru-baru ini.

Menurut pakar perubatan, dia juga mungkin perlu mengambil masa tiga bulan untuk kembali berjalan.

Difahamkan, dia mengalami beberapa keretakan tulang selepas terlibat kemalangan di Los Angeles pada Selasa lalu.

Bintang sensasi itu sebelum ini dirawat di Pusat Perubatan Harbor-UCLA yang mana dia turut menjani pembedahan untuk kecederaan di kaki kirinya.

Untuk rekod, atlet berusia 45 tahun itu terlibat dalam kemalangan sewaktu memandu dalam perjalanan ke padang golf di Los Angeles, untuk satu penggambaran.

Dia pada waktu itu memandu kereta kenderaan utiliti sukan (SUV) berseorangan, sebelum terbabit dalam nahas kira-kira pukul 7.12 pagi, pada Selasa lalu. - Daily Star.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!



Artikel Berkaitan

Artikel Lain