suria

Pura-pura tidur semasa perlawanan, Gareth Bale bangkitkan kemarahan penyokong

Gareth Bale dirakamkan sedang tidur ketika perlawanan berlangsung. Foto twitter/Mirror

GARETH Bale sekali lagi membangkitkan kemarahan penyokong Real Madrid apabila pura-pura tidur di bangku semasa satu perlawanan pada Jumaat malam.

Perlawanan itu menyaksikan pasukannya menang 2-0 ke atas Alaves.

Bekas pemain sayap Tottenham itu membuat dua kemunculan untuk Los Blancos sejak perlawanan bola sepak disambung semula akibat pandemik Covid-19.

Bagaimanapun, beliau tidak terlibat lagi dalam pasukan yang menyaksikan kemenangan Real Madrid yang membawa empat mata dan mengungguli kedudukan La Liga.

Rakaman menunjukkan Bale berbaring dengan meletakkan topeng mukanya pada bahagian mata sebelum permainan berakhir.

Malah, pemain itu dilihat ketawa selepas pengurusnya, Zinedine Zidane membawa Brahim Diaz dari bangku simpanan dan bukannya dia sebagai pengganti kelima.

Satu akaun Twitter penyokong Real Madrid menyebut: "Gareth Bale biadab. Jelas dia tidak lagi mahu menjadi sebahagian daripada kelab.

"Prestasinya buruk (semasa bermain), jangan salahkan Zidane tidak memilihnya untuk bermain," tambahnya. - Mirror

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain