Luka Modric dedah Jose Maurinho, Ronaldo pernah hampir bertumbuk – “Dia hampir menangis”

Maurinho dan Ronaldo ketika masih bersama Real Madrid beberapa tahun lalu. Foto: Getty Images

JOSE Maurinho dan Cristiano Ronaldo boleh dikatakan sebagai kombinasi pengurus-pemain hebat dalam sejarah bola sepak, khususnya ketika sama-sama berada dalam pasukan Real Madrid.

Namun pengurus yang digelar The Special One itu pernah hilang sabar dengan Ronaldo ketika perlawanan Copa Del Rey tidak lama dulu sungguhpun bintang Portugis itu adalah orang penting di sebalik kejayaan Real Madrid.

Perkara itu didedahkan oleh rakan sepasukan Ronaldo, Luka Modric.

"Saya terkejut dengan reaksi Mourinho. Kami menang 2-0 di Copa del Rey," tulis Modric dalam biografinya 'My Game'.

"Ronaldo tidak mengejar pesaing ketika melakukan serangan dan Maurinho marah dengannya.

"Kedua-duanya bertengkar lama di padang. Setelah kembali ke bilik persalinan pada waktu rehat, saya melihat Ronaldo putus asa, hampir menangis.

"Ronaldo berkata 'saya melakukan yang terbaik dan dia (Maurinho) terus mengkritik saya'.

"Maurinho masuk ke bilik persalinan dan keadaan menjadi sangat panas, nasib ada campur tangan rakan sepasukan untuk mengelakkan pertengkaran antara mereka," tulisnya. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Berkaitan

Klik

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Artikel Lain

Awas, jangan 'syok' sangat korek telinga!