suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tersenarai bersama Kylie Jenner, Ronaldo jadi pemain bola pertama bergelar billionaire

Ronaldo kini menjadi pemain bola pertama memegang status itu. Foto: Global Look Press/ Keystone Press Agency.

PEMAIN bola sensasi, Cristiano Ronaldo sekali lagi menjadi bualan ramai dengan rekod terbaharu miliknya.

Bintang Juventus itu kini dinobatkan sebagai pemain bola sepak pertama du dunia yang berjaya mencapai status sebagai billionaire.

Perkara itu didedahkan oleh majalah Forbes menerusi senarai terbaharu mereka.

Ronaldo, 35, memperoleh pendapatan AS$105 juta (RM448 juta) sebelum cukai tahun lalu.

Ia menjadikan nilai keseluruhan kekayaan Ronaldo mencecah AS$1 billion (RM4.26 bilion).

Antara atlet lain yang turut tersenarai termasuklah pemain tenis, Roger Federer.

Ronaldo turut tersenarai bersama penyanyi rap Kanye West dan selebriti Kylie Jenner. - Goal.com.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Artikel Lain