suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Sembilan pemain dan staf Liga Kejuaraan Inggeris positif Covid-19

Liga Bolasepak Inggeris (EFL) mengesahkan terdapat sembilan orang positif Covid-19 dalam kelab Liga Kejuaraan.

SERAMAI sembilan pemain daripada enam kelab Liga Kejuaraan disahkan positif Covid-19.

Ia termasuk kelab Preston dan Sheffield.

Sebanyak 1,096 ujian dijalankan ke atas 24 buah kelab Liga Kejuaraan itu.

"Semua pemain atau staf yang didapati positid Covid-9 kini sedang menjalani kuarantin sendiri mengikut garis panduan yang disediakan, manakala mereka yang negatif dibenarkan untuk memasuki kawasan kemudahan kelab.

"Sementara itu ujian terbaharu yang dijalankan ke atas Liga Dua, EPL mengesahkan sebanyak 126 pemain dan staf telah menjalani saringan dengan empat daripada dari kelab Liga Dua pada 30,31 Mei, 1 dan 2 Jun dan semuanya negatif," jelas kenyataan EFL.

EFL bakal menjalankan undian pada 9 Jun ini bagi mengubah peraturan dan memutuskan situasi musim 2019/20 (Liga Dua) secara rasmi.

Manakala kelab-kelab Liga Kejuaraan kembali menjalani latihan bagi bagi aksi musim ini pada 20 Jun selepas tertangguh sejak Mac lalu akibat penularan Covid-19. - SkySports

Artikel Lain