suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Tottenham sahkan seorang individu dari kelabnya positif Covid-19

Individu dari kelab Tottenham yang disahkan positif Covid-19 itu sedang menjalani kuarantin selama tujuh hari. Foto: Reuters

TOTTENHAM mengesahkan seorang individu daripada kelab itu positif Covid-19.

Keputusan itu diperoleh selepas ujian pusingan terakhir dilakukan oleh Liga Perdana.

Individu itu kini sedang menjalani kuarantin selama tujuh hari.

"Kerana kerahsiaan perubatan, nama individu tidak akan didedahkan," kata kelab itu dalam satu kenyataan di laman web mereka.

Ini adalah satu-satunya kes positif Covid-19 daripada total 1,197 pemain dan kakitangan yang diperiksa dalam ujian pusingan terakhir.

Terdapat lima pusingan ujian untuk Covid-19, dan jumlah kes positif meningkat kepada 13 daripada 5,079 ujian yang dilakukan.

Pemain dan kakitangan Liga Perdana Inggeris kini perlu melalui ujian dua kali seminggu, dengan liga bakal disambung pada 17 Jun ini. - BBC.Com

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Tottenham, Covid-19, Liga Perdana

Artikel Lain