suria

Barcelona rahsiakan 5 pemain, dua staf kejurulatihan positif Covid-19 selepas jalani ujian saringan

Kelab Barcelona bakal kembali beraksi pada 13 Jun ini menentang Mallorca.

SEBUAH stesen radio RAC1 mendedahkkan lima pemain Barcelona disahkan positif Covid-19.

Kesemua pemain terbabit tidak menunjukkan sebarang simpton dan kini bebas daripada wabak itu.

Bagaimana pun, kelab gergasi Sepanyol itu tidak mendedahkan maklumat berkaitan atau sebarang kenyataan mengenainya.

Malah RAC1 ketika bersiaran dalam program El Chiringuito de Jugones juga mendakwa dua staf kelab turut positif Covid-19

Barcelona bakal kembali beraksi menentang Mallorca pada 13 Jun ini selepas kerajaan memberi lampu hijau membenarkan La Liga disambung selepas ditangguhkan akibat penularan Covid-19 sejak Mac lalu.

Sepanyol antara negara tertinggi jumlah jangkitan pandemik ini dengan lebih kurang 240,000 kes dan 27,000 kematian.

Bagaimanapun, pada Isnin laporan rasmi mengumumkan bahawa tiada kes kematian baharu di Sepanyol buat pertama kali sejak Mac lalu. -Dailymail.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!
Barcelona, Covid-19, LaLiga

Artikel Lain