suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Ighalo terus bertahan di Manchester United hingga Januari 2021

Perjanjian pinjaman Odion Ighalo dilanjutkan sehingga Januari 2021. Foto: Getty Images

MANCHESTER United mengesahkan pihaknya sudah mencapai kesepakatan dengan kelab China, Shanghai Shenhua untuk melanjutkan perjanjian pinjaman Odion Ighalo sehingga Januari 2021.

Penyerang Nigeria itu pantas mencipta rekod di Old Trafford setelah dipinjamkan sejak Februari lalu dengan menjaringkan empat gol dalam lapan penampilan bersama United.

Ighalo sepatutnya kembali ke China pada awal Jun kerana kontrak peminjamannya berakhir pada 31 Mei.

Namun kerana pandemik Covid-19 sehingga menyebabkan liga tertangguh, United mahu Ighalo untuk tetap bertahan sekurang-kurangnya sehingga akhir musim.

Ighalo sebelum ini kembali berlatih bersama rakan skuad yang lain walaupun terdapat tanda tanya mengenai masa depannya.

Liga Perdana dijangka mula beraksi pada 17 Jun, dengan United bakal menentang Tottenham beberapa hari kemudian. - Metro.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Odion Ighalo, Manchester United

Artikel Lain