Jadon Sancho abadikan gol untuk Dortmund sebagai solidariti atas kematian George Floyd

Sancho menanggalkan bajunya dan memperlihatkan tulisan 'Keadilan untuk George Floyd' sebaik sahaja menjaringkan gol untuk Dortmund. Foto: Getty Images

PENYERANG England, Jadon Sancho mengabdikan gol yang dijaringkannya untuk Dortmund menentang Paderborn dalam aksi Bundesliga kepada George Floyd, seorang lelaki kulit hitam yang mati ketika di dalam tahanan polis Minneapolis, Isnan lalu.

Dalam aksi Bundesliga sebelumnya, pemain Monchengladbach, Marcus Thuram meraikan gol pertamanya menentang Union Berlin dengan berlutut sebagai penghormatan kepada Floyd.

Menyusul aksi sebagai tanda solidariti terhadap Floyd, Sancho yang merupakan bintang muda berusia 20 tahun pula menanggalkan bajunya dan memperlihatkan tulisan 'Justice for George Floyd' pada baju lapisan dalam.

Sejak Isnin, orang ramai mengadakan protes di seluruh dunia berikutan kematian Floyd.

Floyd dilaporkan meninggal dunia akibat tindakan seorang anggota polis kulit putih, Derek Chauvin, yang mencengkam lehernya di atas jalan dengan lutut.

Rakaman video menunjukkan Chauvin menekan lututnya ke leher Floyd walaupun lelaki itu berulang kali mengatakan 'saya tidak boleh bernafas'.

Floyd disahkan meninggal dunia di sebuah hospital tempatan pada Isnin petang. - Mirror.co.uk

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Jadon Sancho, George Floyd, gol, Dortmund

Artikel Berkaitan

Klik

Covid-19 bukan sekadar pandemik, buktikan kepentingan dunia digital... dorong MYNIC lebih rancak bantu bisnes online

MYNIC menawarkan program latihan pemasaran digital, dengan membawa perniagaan luar talian ke dalam talian dan seterusnya menghadapi pasaran ekonomi digital global.

Duka Covid-19 seakan terubat, TNB sinari hidup golongan memerlukan, agih zakat cecah RM4.36 juta

TNB tampil dengan inisiatif perkongsian rezeki melalui pengagihan wang wakalah zakatnya ke seluruh pelusuk tanah air.

Ketahui 7 cara mudah sediakan makanan di rumah

SEBENARNYA tak susah untuk menaik taraf ruang peribadi anda terutamanya dapur bagi memudahkan dan melancarkan hari-hari anda di rumah.

TVET ada potensi besar untuk kerjaya masa depan, ini lepasan SPM perlu tahu untuk jadi graduan ‘terhangat di pasaran’

HEBAT calon-calon SPM tahun 2019 apabila pencapaian mereka lebih baik berbanding tahun sebelumnya.

Berkongsi rezeki... itulah maksud di sebalik amalan membayar cukai

HARI ini, Malaysia dilanda krisis pandemik Covid-19 yang telah memberi banyak kesan kepada semua lapisan masyarakat.

Artikel Lain