suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor ditangguh ke tahun depan

Kejohanan Hoki Piala Sultan Johor bakal berlangsung September 2021.

KEJOHANAN Hoki Piala Sultan Johor (SOJC) edisi ke-10 yang dijadualkan berlangsung dari 3 hingga 10 Oktober ini di Stadium Hoki Taman Daya ditangguhkan ke September 2021 selepas pihak penganjur mengambil kira keadaan pandemik Covid-19 yang melanda negara dan dunia masa ini.

Pemangku Presiden Persatuan Hoki Johor Datuk Majid Manjit Abdullah berkata penangguhan itu dibuat selepas mendapat nasihat daripada Sultan Johor, Sultan Ibrahim Sultan Iskandar hari ini.

“Saya menghadap Sultan Johor dan atas nasihat Tuanku, kita tangguhkan kerana perlu mengambil kira keadaan kesihatan pemain, jurulatih dan juga penonton.

Oleh itu, tarikh baharu kejohanan bagi edisi ini telah ditetapkan pada September tahun depan (2021), ” katanya ketika dihubungi Bernama.

Setakat ini, katanya empat pasukan telah mengesahkan penyertaan dalam kejohanan itu iaitu India, Australia, Great Britain dan Malaysia.

Bagaimanapun, dua lagi pasukan iaitu Jepun dan Jerman pula mengambil pendekatan ‘tunggu dan lihat’.

Nak macam-macam info? Join grup Telegram mStar!

Hoki, Piala Sultan Johor, Tangguh, 2021

Artikel Lain