suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Nilai Mbappe dijangka akan merosot selepas pandemik Covid-19

Nilai Mbappe dijangka menurun selepas berakhirnya penularan wabak Covid-19.

HARGA Kylian Mbappe dijangka menurun selepas berakhirnya wabak pandemik Covid-19 ini.

Menurut ahli politik, Daniel Cohn-Bendit, nilai semasa penyerang muda Paris Saint-Germain (PSG) itu 174 juta paun (RM952 juta), namun hanya itu dijangka menurun selepas berakhirnya penularan Covid-19.

Pada usia 21 tahun, Mbappe dianggap sebagai pemain paling bernilai di planet ini selepas menimbulkan kegerunan di bahagian serangan kepada bola sepak Eropah.

Mbappe berjaya merakam 30 gol dalam 33 penampilan bersama PSG musim ini sekali gus telah menarik banyak kelab untuk mendapatkannya termasuk Real Madrid dan Liverpool.

“Krisis ini akan turut memberi kesan kepada sukan profesional.

“Ia seperti selepas serangan nukluear dan perlu membina kembali.

“Esok, Mbappe dinilai dengan harga 30-35 juta paun dan bukan lagi 174 juta paun. Dan siapa akan membelinya?

“Terdapat peraturan ‘de facto’. Penambahan gaji mungkin diperlukan,” ujar Cohn-Bendit. -Dailystar.co.uk

Kylian Mbappe, PSG, Nilai, Merosot, Covid-19

Artikel Lain