suria

Rakan sepasukan dedah perangai 'berlagak' Ibrahimovic ketika bersama LA Galaxy

Ibrahimovic kembali ke AC milan selepas tamat kontrak bersama LA Galaxy.

LA GALAXY merekodkan kedudukan ke-13 dalam aksi Major Liga Bolasepak Utama (MLS) 2018 sekaligus menimbulkan kemarahan Zlatan Ibrahimovic.

Rakan sepasukannya Joao Pedro mendedahkan ketegangan di antara bekas pemain Sweden itu dengan pemain-pemain lain.

“Ketika habis perlawanan dia bercakap dengan kami. Dia kata: “Jika kamu datang ke sini seperti ingin berjalan di pantai atau Hollywood… cakap sahaja.

“Saya mempunyai 300 juta dalam akaun, ada pulau – saya tidak perlukan apa-apa. Orang pertama yang mengata diri saya… saya akan bunuh dia."

Pedro mendedahkan sikap sebenar Ibrahimovic selepas skuadnya tewas dalam aksi MLS.

Pedro yang merakam 34 penampilan bersama kelab Amerika Syarikat ini turut mendedahkan penyerang itu memberitahu sesuatu kepada skuad:

“Hari jadi saya setiap hari. Bagi bola ke sini.”

Selepas meninggalkan LA Galaxy, Ibrahimovic kembali menyarung jersi AC Milan Disember lalu.

“Saya telah membuat perkara yang sempurna dan menakjubkan.

“Tanpa bergurau, saya fikir sayalah pemain paling terbaik dalam sejarah MLS. Saya boleh bermain seperti ini ke mana saya pergi, mudah.”

Ibrahimovic kini menjaringkan empat gol dalam 10 perlawanan ketika kali kedua berada di AC Milan.

Secara keseluruhan, Ibra merekodkan 60 gol dalam 95 penampilan bersama kelab itu. – Dailymail.co.uk

Artikel Lain