suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Kelab Liga Perdana diberi ‘deadline’ untuk mulakan musim 2020/21

Perlawanan Liga Perdana ditangguhkan sejak awal Mac lalu susulan penularan Covid-19. Foto: Getty Images

KELAB-KELAB Liga Perdana dilaporkan telah dimaklumkan bahawa musim 2020-2021 perlu dimulakan selewat-lewatnya pada minggu pertama bulan September, walaupun kempen semasa kini ditunda kerana penularan Covid-19.

Wabak tersebut telah menyebabkan semua jadual ditangguhkan tanpa tarikh baharu yang dicadangkan kerana kebimbangan terhadap keselamatan pemain dan peminat.

Dalam pertemuan antara kelab-kelab terkemuka pada Jumaat, pihak kelab Inggeris mengulangi hasrat mereka untuk menyelesaikan musim semasa dan mempertimbangkan rancangan penjadualan.

kelab-kelab menaruh harapan agar mereka dapat bertanding semula pada Jun depan, namun keputusan tetap bergantung kepada kerajaan.

Laporan Telegraph menyebut, tarikh permulaan baru pada September untuk musim berikutnya sedikit sebanyak memberi tekanan besar kepada kelab.

Secara tidak langsung ia bermaksud perlawanan perlu disambung semula sehingga Julai ini untuk menamatkan baki 92 perlawanan musim ini dalam jangka masa yang ditetapkan. - Metro.co.uk

liga perdana, kelab, musim, Covid-19

Artikel Lain