suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

UEFA pertimbang 'pertandingan mini' Liga Juara-Juara Eropah pada Ogos

Uefa tidak bercadang untuk membatalkan saingan Liga Juara-Juara Eropah meskipun diancam wabak koronavirus.

BADAN bola sepak Eropah (Uefa), yakin bahawa mereka boleh menghabiskan saingan Liga Juara-Juara Eropah pada musim ini ditukar kepada pertandingan mini pada Ogos ini.

Kesemua saingan di peringkat Eropah ditunda berikutan penularan Covid-19.

Walau bagaimanapun, cadangan tersebut masih di peringkat awal dan Uefa akan mengadakan mesyuarat pada minggu hadapan.

Menurut Mirror, Uefa ingin menghabiskan baki saingan Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa daripada membatalkan saingan tersebut.

Terdapat juga cadangan bahawa saingan di peringkat Eropah akan dilangsungkan selepas perlawanan di peringkat domestik ditamatkan terlebih dahulu.

Desas-desus kuat mengatakan bahawa kesemua kelab yang masih terlibat dengan saingan Liga Juara-Juara Eropah akan bermain di satu venue sahaja iaitu Istanbul, Turki.

Perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah dan Liga Europa dijangka akan berlangsung pada 26 dan 29 Ogos iaitu lewat tiga bulan daripada tarikh sebenar perlawanan akhir.

Antara kelab gergasi yang masih bertahan di saingan Liga Juara-Juara Eropah ialah Chelsea, Bayern Munich, Manchester City, Barcelona, Juventus dan Real Madrid. - Daily Star

Uefa, Mini, Liga Juara-Juara

Artikel Lain