suria

Edar kondom guna dron, legenda Newcastle mahu atasi kekurangan bekalan ketika krisis Covid-19

Gambar fail Faustino Asprilla yang cuba membantu dalam krisis Covid-19. Foto Faustino Asprilla

LEGENDA Newcastle, Faustino Asprilla berjanji untuk memberikan kondom atas inisiatifnya sendiri menggunakan dron semasa krisis Covid-19.

Bekas penyerang itu memasuki bidang kesihatan seksual selepas bersara pada 2004.

Beliau juga telah menjalankan syarikat pengeluaran kondomnya sendiri sejak 2014.

Asprilla juga baru-baru ini berjanji untuk menyediakan 3.5 juta alat kontraseptif untuk membantu mengatasi kekurangan global yang dilaporkan, ekoran wabak yang berlaku, dengan memberikan sebanyak sejuta secara percuma.

Beliau yang berasal dari Colombia itu memperkenalkan cadangan terbaharu itu bagi memastikan pelanggannya masih menerima bekalan dalam keadaan kecemasan ketika ini.

Asprilla akan menggunakan dron untuk membantu mengatasi pengeluaran yang lebih perlahan daripada kebiasaan.

Beliau turut berkongsi gambar mengenai peranti yang membawa kotak berisi kondon, di laman Twitter. - Mail Online

Faustino Asprilla, kondom, Newcastle, dron

Artikel Lain