suria

Raiola bidas komen pengurus United, “Harap Solskjaer tidak cadang Paul adalah banduannya”

Raiola bengang dengan kenyataan pengurus Manchester United, Solskjaer.

EJEN Mino Raiola menegaskan Paul Pogba bukan 'banduan' sekaligus membidas kata-kata pengurus Manchester United.

Raiola yang menjadi wakil kepada pemain antarabangsa Perancis itu memberi respon kepada komen bos United Ole Gunnar Solskjaer yang mengatakan 'Paul adalah pemain kami dan bukan Mino'.

Susulan daripada itu Raiola membuat kenyataan balas menerusi sosial medianya: 'Pogba bukan milik saya dan sudah tentu bukan hak Solskjaer.

ARTIKEL BERKAITAN: Solskjaer beri isyarat Pogba mungkin tidak akan beraksi lagi

'Paul adalah Pual Pogba. Kamu tidak boleh memiliki seseorang yang sudah lama berada di UK dan di mana sahaja.

'Saya harap Solskjaer tidak mencadangkan bahawa Paul adalah 'banduannya'. Tetapi sebelum Solskjaer membuat kenyataan mengenai perkara yang saya luahkan, dia perlu memberitahu kepada diri sendiri mengenai apa yang dia cakap.

Status Pogba terus menjad bualan di Manchester United.

'Saya seorang warganegara bebas yang boleh meluahkan apa yang dirasa. Sehingga kini saya mungkin terlalu baik kepadanya. Solskjaer perlu ingat perkara yang dicakap kepada Paul.

'Saya fikir Solskjaer agak kecewa dengan alasan yang berbesa dan mencampur aduk beberapa isu. Saya juga fikir Solskjaer mempuyai perkara yang dia bimbangkan.'

Isu panas ini timbul apabila Solskjaer memberi komen selepas skuadnya menewaskan Chelsea 2-0 di Stamford Bridge.

"Saya tidak mempunyai sebarang komen kepada Mino dan apa yang dia cakap adalah mewakili dirinya.

"Pihak media juga tidak boleh mengawal suara sesiapa sahaja. Anda boleh bersuara. Perkara ini dibincangkan mengenai kami yang sepatutnya lebih bijak, tetapi tidak. Paul dan Mino mempunyai perbincangan, ia baik sahaja." - Dailymail.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Lain