Solskjaer beri isyarat Pogba mungkin tidak akan beraksi lagi

Kecederaan yang terlalu lama mengganggu prestasi Pogba di Manchester United.

MASA depan Paul Pogba terus menjadi tanda tanya apabila jurulatihnya, Ole Gunnar Solskjaer enggan mengesahkan dia akan beraksi lagi atau tidak untuk Manchester United.

Pogba yang tidak diturunkan sejak 26 Disember akibat kecederaan buku lali telah dikaitkan dengan perpindahan ke kelab lain.

"Kami masih memerlukan khidmatnya di atas padang kerana dia adalah seorang pemain yang berkualiti," jelas Solksjaer.

Namun, Solskjaer enggan mengulas ketika ditanya mengapa Pogba tidak menyertai sesi latihan semasa cuti musim sejuk.

Solksjaer sendiri tidak pasti masa depan Pogba.

"Saya yakin, Pogba sendiri kecewa dengan kecederaan yang dialaminya namun dia perlu kembali cergas untuk bermain semula," ujar Solskjaer.

Pemain berusia 26 tahun itu menunjukkan aksi yang kurang konsisten sejak pulang ke Manchester United.

Real Madrid dan Juventus dikatakan berminat untuk mendapatkan khidmatnya pada musim hadapan. -DAILYMAIL

Artikel Lain