suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Legenda United, Harry Gregg meninggal dunia... dikenang sebagai wira tragedi Munich

Gregg meninggal dunia pada usia 87 tahun, dikenang sebagai wira tragedi Munich. Foto: Getty

LEGENDA kelab bola sepak Manchester United yang juga digelar wira tragedi Munich, Harry Gregg meninggal dunia pada usia 87 tahun.

Gregg menghembuskan nafas terakhir di  Causeway Hospital, Coleraine, United Kingdom, dengan dikelilingi ahli keluarganya.

Gregg sebelum ini mendapat pujian kerana tindakan beraninya menyelamatkan nyawa beberapa mangsa sewaktu nahas udara Munich pada 1958, yang mengorbankan 23 nyawa.

Bekas penjaga gol itu menyelamatkan rakan sepasukan Red Devils, Bobby Charlton dan Dennis Viollet dari bangkai pesawat yang sedang terbakar.

Dia juga menyelamatkanya nyawa seorang bayi berusia 20 bulan dan ibunya yang sedang hamil.

Gregg pernah menjadi penjaga gol paling mahal dalam sejarah apabila dia menyertai Manchester United dari Doncaster Rovers dan terus membuat 247 penampilan untuk Red Devils.

Apa yang menakjubkan, Gregg kembali beraksi bersama United hanya selepas 13 hari tragedi itu berlaku dengan membantu pasukan berkenaan menewaskan Sheffield United 3-0.

Bekas pengurus United, Sir Alex Ferguson berkata: "Harry adalah seorang lelaki yang hebat dan legenda sebenar di kelab kami". - Metro.co.uk

Artikel Sebelum

Davies pilih haluan baharu ke JDT

Artikel Lain