suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Davies pilih haluan baharu ke JDT

Davies memilih JDT untuk karier musim baharunya.

PEMILIK  kelab JDT, Tunku Mahkota Johor Tunku Ismail Sultan Ibrahim yakin pemilihan bekas pemain pertahanan Pahang itu merupakan satu pelaburan jangka panjang buat kelabnya itu.

“Ia satu pelaburan terbaik kerana beliau baru berusia 25 tahun dan ia satu pelaburan jangka panjang untuk JDT.Kami berbesar hati ada pemain (seperti beliau) yang mempunyai sikap profesionalisme dan berkualiti dalam pasukan kami,” titah baginda kepada pemberita selepas Majlis Pengenalan Pemain Baharu kelab itu di Ibu Pejabat JDT pada Isnin.

Turut hadir, Jurulatih JDT Benjamin Bora dan Pengurus Pasukan JDT, Luciano Gabriel Figueroa.

Tunku Ismail, bagaimanapun tidak mendedahkan nilai perpindahan bagi menarik pemain pertahanan kebangsaan itu.Tunku Ismail bertitah sejak tiga hingga empat tahun lepas, baginda memerhati permainan Matthew Davies yang mempunyai banyak pengalaman ketika beraksi mewakili pasukan Pahang.

Sementara itu, Matthew berjanji untuk mempamerkan aksi terbaik selain mencipta lebih banyak sejarah buat JDT.

"Saya akan menyumbang kepada kejayaan berterusan JDT  selaku satu jenama dan kelab bola sepak.

"Selain itu, saya teruja untuk bekerja dengan pengurus dan jurulatih baharu saya,” katanya. - Bernama

JDT, MAtt Davies, Harimau Malaya

Artikel Lain