suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Covid-19: Kejohanan Berbasikal Asia, Kongres ACC Kuala Lumpur ditangguh

Kejohanan Berbasikal Asia 2020 ditangguhkan berikutan wabak Covid-19.

KONFEDERASI Berbasikal Asia (ACC) membuat keputusan menangguhkan Kejohanan Berbasikal Asia 2020 yang dijadualkan dari 17 hingga 22 Mac ini di Kuala Lumpur kepada satu tarikh kemudian berikutan isu COVID-19.

Turut ditangguhkan ialah Mesyuarat Jawatankuasa Pengurusan dan Kongres ACC yang dijadualkan berlangsung di luar kejohanan itu.Keputusan ini disahkan oleh Bendahari ACC Datuk Amarjit Singh Gill dari Malaysia yang menghadiri mesyuarat khas jawatankuasa ACC di Dubai pada 15 Feb lepas.

“ACC sebaik sahaja menerima maklum balas dan nasihat daripada pelbagai pihak membuat keputusan bagi memastikan keselamatan dan kesihatan yang baik untuk semua peserta dan pegawai yang datang dari seluruh Asia, kejohanan benua ini terpaksa ditunda,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.

Beliau berkata ini adalah selari dengan langkah sejagat untuk membendung penularan virus itu.

“ACC prihatin dan mahu melindungi pelumba daripada segala risiko pencemaran dan mengelakkan penularan COVID-19 ke negara-negara lain, kata Amarjit yang juga Naib Presiden Persekutuan Kebangsaan Berbasikal Malaysia (PKBM).

"Kami berharap situasi berkenaan COVID -19 kembali normal tidak lama lagi jadi kami akan mula menetapkan tarikh baharu kongres dan kejohanan yang akan berlangsung sebelum Sukan Olimpik Tokyo 2020,” katanya. -Bernama

Artikel Lain