suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Perlawanan kecoh, penyokong ugut rogol pengadil wanita

Seorang pengadil menerima ugutan rogol oleh seorang penyokong semasa mengendalikan sebuah perlawanan di Sepanyol.

SEORANG pengadil wanita menerima ugutan rogol oleh seorang penyokong semasa mengendali sebuah perlawanan bola sepak di Sepanyol.

Ugutan itu diterima semasa pertemuan antara CD Chilegua La Pared menentang UD Jandia di Fuerteventura pada hujung minggu lalu.

Ketika pemain kedua-dua pasukan bergaduh pada akhir perlawanan, seorang penyokong Jandia bertindak agresif apabila bersemuka dengan pengadil wanita tersebut.

"Jika saya tangkap awak di luar saya akan rogol kamu," kata penyokong tersebut.

Menerusi satu video yang dirakam semasa insiden itu menyaksikan pemain kedua-dua kelab cuba menghalau penyokong tersebut keluar dari stadium.

Persatuan Bola Sepak Las Palmas dalam satu kenyataan mengutuk keras ugutan tersebut.

"Kami dan jawatankuasa pengadil berpendapat tindakan itu hanya menakutkan golongan wanita untuk menyertai bidang itu.

"Kami memberi sokongan penuh kepada rakan setugas kami di Fuerteventura yang menjadi mangsa gangguan seksual oleh seorang penyokong ketika sedang bertugas," katanya. - Metro.co.uk

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain