Pingat emas atlet 110 meter ‘dirompak’, pegawai teknikal enggan tunjuk video rakaman - Sukan | mStar

Pingat emas atlet 110 meter ‘dirompak’, pegawai teknikal enggan tunjuk video rakaman

Aksi Rayzam (tengah) menamatkan larian dalam acara 110 meter berpagar Sukan SEA di Filipina. Foto: Bernama

KETUA jurulatih skuad olahraga negara, Mohd Manshahar Abd Jalil mendakwa pingat emas yang sepatutnya dimenangi jaguh lari berpagar 110 meter negara, Rayzam Shah Wan Sofian seolah-olah telah 'dirompak'.

Ia berikutan keputusan berat sebelah bahagian teknikal pertandingan olahraga Sukan SEA ke-30 di Stadium Olahraga New Clark City, Filipina.

Manshahar mendakwa pihak teknikal pertandingan jelas bersifat tidak adil dengan hanya membuat keputusan berdasarkan pandangan sudut kanan sahaja, walaupun peraturan Persekutuan Olahraga Antarabangsa (IAAF) mensyaratkan keputusan 'photo finish' perlu dinilai daripada sudut kanan dan kiri bagi menentukan pemenang sebenar, selain wakil negara tidak dibenarkan untuk melihat semula video rakaman perlumbaan berkenaan.

Rayzam Shah dan atlet naturalisasi tuan rumah, Clinton Kingsley Bautista mencatatkan masa yang sama iaitu 13.97 saat dalam acara berkenaan, namun pihak teknikal pertandingan memberikan kemenangan kepada Clinton berdasarkan 'photo finish', sekaligus menyaksikan atlet kelahiran Sabah itu gagal mengekalkan emas yang dimenangi pada Sukan SEA Kuala Lumpur 2017.

Wakil Laos, Anousone Xaysa sekadar meraih gangsa dengan catatan masa 13.99 saat.

"Sebenarnya proses-proses untuk menidakkan atlet Filipina itu daripada mendapat emas telah dibuat mengikut prosedur yang ditetapkan untuk menunjukkan bahawa kita berhak memenangi pingat emas itu.

"Segala protes dah dibuat dalam jangka masa ditetapkan. Bagaimanapun, proses itu tidak berlaku sepertimana yang sepatutnya dalam peraturan pertandingan, jadi jelas menunjukkan bahawa ada sesuatu yang sepatutnya tidak berlaku, telah berlaku dan menyebabkan kita terlepas pingat emas," kata Mohd Manshahar.

Dalam pada itu, pengurus skuad olahraga negara, Sallehudin Satar mendedahkan pihaknya akan memanjangkan perkara berkenaan kepada Persekutuan Sukan SEA (SEAGF) kerana wujud ketidak adilan untuk Rayzam Shah dalam isu 'photo finish'.

"Saya jangka kita akan bawa perkara ini ke peringkat lebih atas, dan sebagai satu rujukan di peringkat ASEAN," jelas Sallehudin yang juga Timbalan Presiden Persatuan Olahraga Johor.- Bernama

Sukan Sea , Olahraga , Pengawai , Teknikal , Rayzam Shah

Artikel Sebelum

Penganjur setuju kembalikan pingat emas Izzah

Artikel Berikut

Emery antara calon pilihan di Everton

Artikel Berkaitan

Sukan SEA: Lego Sam sumbang emas kedua

Klik

default image

Air Selangor kini pemegang lesen tunggal perkhidmatan bekalan air… pengguna bakal terima bil baharu!

MENDAPATKAN bekalan air bersih yang berterusan sudah menjadi satu kemestian dalam kehidupan masyarakat hari ini.

default image

WKB 2030: Gandingan kerajaan-swasta penting untuk manfaat rakyat

SEKTOR swasta perlu berganding bahu dengan kerajaan sebagai fasilitator untuk memperbaiki ketidakseimbangan pendapatan di negara ini.

default image

WKB 2030: Perangi rasuah, selamatkan pembangunan ekonomi negara

TUN Dr Mahathir Mohamad ulangi saranan supaya menghapuskan gejala rasuah dan penyalahgunaan kuasa yang menghalang pengagihan kekayaan secara adil.

default image

WKB 2030: Ke arah masa depan rakyat dan negara yang lebih cerah

WAWASAN ini menjamin kemakmuran dan kekayaan akan dinikmati bersama tanpa mengabaikan tanggungjawab membela masyarakat bandar dan desa yang berpendapatan rendah serta miskin.

default image

Subsidi untuk rakyat hidup selesa, ketahui fakta penting mengenai inisiatif ini

KOS sara hidup semakin meningkat dan kerajaan prihatin untuk mengurangkan beban rakyat.

Artikel Lain