suria

Barcelona beri kebebasan istimewa buat Messi

Messi diberi kebebasan untuk masa depannya.

JADI pemain hebat bukan sahaja dapat layanan baik, malah segala kehendak akan dituruti kelab.

Bagitulah tuah bintang Barcelona, Lionel Messi yang diberi 'lampu hijau' oleh Barcelona jika dia berniat untuk mencari angin baharu pada setiap penghujung musimwalaupun kontrak masih berbaki sehingga 2021.

Ikon Argentina itu yang kini berusia 32 tahun dengan lima gelaran Ballon d'Or diberi pilihan untuk terus kekal di Nou Camp mahupun berhijrah ke kelab lain penghujung mana-mana musim akan datang.

Kontraknya bakal berakhir pada 2021, dan kelab juara bertahan liga itu masih bersemangat untuk berbincang bagi menyambungnya.

Rakan sepasukannya, Gerard Pique memberitahu messi boleh meninggalkan kelab jika dia menemui cabaran baharu namun dia ia boleh berlaku bila-bila masa sahaja.

"Saya sudah tahu Messi dibenar untuk tinggalkan kelab di penghujung setiap musim.

"Tetapi kami semua tahun komitmen Leo terhadap Barca dan ia tidak langsung membimbangkan saya.

"Dia memang layak diberi pilihan sendiri untuk masa depannya selepas segala telah dicurahkan kepada kelab," jelas Pique.

Sebelum ini Messi hanya satu tempat sahaja yang dia ingin pergi sebelum menggantung butnya iaitu Newell's Old Boys, kelab pertama dia mengenali bola sepak. - Goal

Lionel Messi, Barcelona

Artikel Sebelum

Artikel Lain