suria

Sah! Maguire pindah ke Manchester United, jadi pemain pertahanan paling mahal di dunia

Harry Maguire.Foto Instagram ManchesterUnited

HARRY Maguire memuktamadkan perpindahan bernilai £80 juta (RM409 juta) ke Manchester United, sekali gus menjadi pemain pertahanan paling mahal di dunia.

Pemain skuad kebangsaan England itu menandatangani perjanjian enam tahun dengan pilihan untuk tambahan 12 bulan.

Perjanjian tersebut bernilai sehingga £200,000 (RM1.02 juta) seminggu.

Pemain berusia 26 tahun itu memaklumkan bahawa dia begitu gembira menyertai kelab Red Devils. - Daily Mail UK

Manchester United, Harry Maguire

Artikel Lain