Mourinho rindu bola sepak, tunggu peluang tepat

Jose Mourinho. Foto Reuters

BEKAS pengurus Manchester United, Jose Mourinho mengakui merindui bola sepak dan berkobar-kobar untuk cabaran seterusnya di padang.

Pengurus kelahiran Portugal itu dipecah oleh Manchester United pada 18 Disember tahun lalu.

Walaupun Mourinho yang juga bekas jurulatih Chelsea dan Real Madrid menegaskan bahawa dia akan menunggu peluang yang tepat, dia mencari ruang yang tidak pasti pada pra-musim.

Bercakap kepada Sky Sports News, Mourinho berkata: Secara dasarnya, ia pertama kali saya mempunyai masa untuk berfikir.

"Saya mempunyai masa untuk fikir, fikir semula, menganalisis dan apa yang saya rasakan Ze (nama panggilan Mourinho semasa kanak-kanak) dengan semangat berkobar-kobar!

"Rakan saya beritahu nikmati Julai, Ogos dan nikmati apa yang anda tidak pernah ada. Jujurnya, saya tidak dapat enjoy. Saya tidak cukup gembira untuk enjoy.

"Saya rindu bola sepak, saya ada semangat berkobar-kobar. Saya kompromi dengan diri saya sendiri, dengan insan tersayang, dengan ramai peminat di seluruh dunia, begitu ramai yang dinspirasikan oleh saya," katanya. - Daily Mail UK


Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Lain