suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

United rancang beli pemain pilihan Mourinho

Idea Mourinho untuk mendapatkan beberapa orang pemain kini diteruskan United.

MANCHESTER United membeli pemain-pemain yang pernah disebut bekas pengurus Jose Mourinho sebelum ini.

Kelab Old Trafford dilaporkan mahu membeli lebih ramai pemain selepas menambah Aaron  Wan-Bissaka dan Danial James dalam skuad setakat ini.

Mereka mengambil inspirasi daripada pemain sasaran yang dimahukan Mourinho sebelum dia dipecat Disember lalu.

Antara pilihan pertama Mourinho ketika itu adalah pemain pertahanan Leicester Harry Maguire dan kelab telah mencuba namun belum berjaya dengan tawaran yang diberi.

United membuat tawaran untuk dapatkan berusia 26 tahun sekitar 80 juta paun.

Dalam pada itu, Mourinho juga bertanggung jawab mengenal pasti pemain muda West ham Issa Diop dan Declan Rice yang turut menjadi sebutan United Ed Woodward (ketua eksekutif kelab). - Dailymail.co.uk

Jose Mourinho, Manchester United

Artikel Lain