suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi ketuai senarai Forbes atlet terima gaji tertinggi 2019, Ronaldo di tempat kedua

Messi (kanan) merupakan atlet yang menerima gaji paling tinggi 2019. Ronaldo ditempat kedua.

BINTANG Barcelona Lionel Messi berada di kedudukan teratas dalam senarai 100 atlet yang menerima gaji tertinggi sekali gus mengatasi pesaing terdekatnya Cristiano Ronaldo.

Penyerang Argentina itu dilaporkan menerima gaji 99.8 juta paun (RM528.6 juta) sepanjang 12 bulan lalu, termasuk wang kemenangan (72.3 juta paun) dan sokongan atau insentif 27.5 juta paun.

Sementara itu penyerang Juventus Ronaldo berada di tempat kedua dengan pendapatan sebanyak 85.6 juta paun, diikuti Neymar (82.5 juta paun) sekali gus menjadikan pemain bola sepak menguasai tiga kedudukan teratas dalam senarai Forbes.

Pogba satu-satunya pemain dari Liga Perdana Inggeris yang tersenarai dalam 100 atlet menerima gaji tertinggi 2019.

Petinju Mexico, Canelo Alvarez berada di tempat keempat dengan 73.8 juta paun diikuti bintang tenis Roger Federer dengan 73.3 juta paun.

Ia diikuti dengan bintang bola keranjang Russel Wilson, Aaron Rodgers dan LeBron James, Steph Curry serta Kevin Durant melengkapkan senarai dalam ranking 10 tertinggi.

Selain itu, jaguh tenis dunia Amerika Syarikat Serena Williams merupakan satu-satunya atlet wanita yang berada dalam kelompok  100 tertinggi dengan berada di tangga ke-63 (22.9 juta paun).

Juara dunia F1, Lewis Hamilton dan Anthony Joshua berkongsi kedudukan ke-13 manakala penyerang Manchester United Paul Pogba merupakan satu-satunya pemain Liga Perdana Inggeris yang menerima gaji paling banyak dengan berada di kedudukan ke-44.- eurosport

Ronaldo, Messi

Artikel Lain