suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Dua suspek sebar gambar mayat Sala dihadapkan ke mahkamah Julai ini

Sala meninggal dunia dalam nahas pesawat dinaikinya terhempas semasa dalam perjalanan ke England.

SEORANG lelaki dan wanita berdepan pertuduhan menyebarkan gambar mayat pemain bola sepak Emiliano Sala.

Sherry Bray, 48, dan Christopher Ashford, 62, akan dihadapkan ke mahkamah selepas imej Sala tersebar di media sosial.

Bray dari Corsham didakwa atas tiga pertuduhan menyalahgunakan komputer, mengelak keadilan dan menghantar mesej tidak senonoh/menyinggung perasaan.

Ashford dari Calne pula berdepan enam pertuduhan menyalahgunakan komputer.

Kedua-duanya akan dihadapkan ke Mahkamah Majistret Swindon pada 10 Julai depan.

Bintang Cardiff City itu meninggal dunia dalam nahas pesawat awal tahun ini.

Mayatnya ditemui di dalam bangkai pesawat yang terdampar di dasar Selat Inggeris. - Metro.co.uk

Artikel Lain