suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Liverpool, United bersaing pikat Maddison

James Maddison.

LIVERPOOL berminat untuk mendapatkan khidmat James Maddison pada musim panas ini.

Nampaknya The Reds terpaksa bersaing dengan Manchester United untuk mengikat bintang Leicester City yang dianggarkan bernilai 60 juta pound sterling.

Daily Star mendakwa Liverpool satu-satunya kelab yang telah berhubung dengan The Foxes mengenai Maddison.

Selain Liverpool dan United, Maddison turut menarik minat Tottenham dan Manchester City tetapi Leicester hanya akan melepaskan pemain itu jika menerima harga yang ditawarkan berpatutan.

Brendan Rodgers tidak mahu kehilangan Maddison dan The Foxes tidak tertekan untuk menjual pemain itu yang masih mempunyai kontrak sehingga 2023.

Pada usia 22 tahun, Maddison antara bintang England paling menyerlah di pentas Liga Perdana Inggeris (EPL).

Dia turut melakukan 38 penampilan untuk Leicester dalam semua perlawanan musim lalu.

Maddison menjaringkan tujuh gol dan mencipta tujuh peluang gol sejak menyertai Leicester dari Norwich setahun yang lalu. - Metro.co.uk

Artikel Lain