suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Messi gelar pemain Liverpool keldai, "Dia tak tahu saya faham bahasa Sepanyol"

James Milner dan Lionel Messi (baring) sewaktu pertembungan antara Liverpool dan Barcelona.

PEMAIN Liverpool, James Milner mendedahkan dia digelar sebagai keldai oleh Lionel Messi.

Ia berlaku sewaktu dia mewakili kumpulannya dalam aksi perlawanan menentang Barcelona.

"Dia tidak gembira. Dia cakap dalam bahasa Sepanyol, panggil saya burro. Burro bermaksud keldai.

"Saya tanya jika dia baik-baik sahaja tapi dia tak hiraukan. Saya tak rasa dia tahu yang saya faham bahasa Sepanyol," ujarnya pada Ahad.

Kata Milner, pertembungan yang berlaku merupakan adat biasa dalam perlawanan bola sepak.

Malah, dia juga mengakui memandang tinggi kepada Messi dan tidak menolak bahawa dia pemain yang hebat. - Metro.

Lionel Messi, James Milner

Artikel Lain