suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Lesen memandu Beckham digantung enam bulan

Beckham dikesan memandu sambil menggunakan telefon bimbit.

DAVID Beckham dikenakan larangan memandu selama enam bulan dan denda 750 pound sterling (RM4,053) kerana menggunakan telefon bimbit semasa memandu.

Bekas bintang Manchester United itu mengaku bersalah atas pertuduhan tersebut ketika memandu di Great Portland Street, selepas dilihat orang awam pada 21 November lalu.

Dia juga dikenakan penalti enam mata pada lesen memandunya oleh majistret di Mahkamah Majistret Bromley semasa sesi pendengaran petang Khamis.

Bekas pemain berusia 43 tahun itu hadir di mahkamah menggunakan sut berwarna kelabu sebelum pukul 2 petang dan mengelak jurugambar sebaik sahaja memasuki bangunan mahkamah.

Kes Beckham dibacakan di mahkamah yang sama bulan lalu menerusi proses pentadbiran yang dikenali sebaai prosedur keadilan tunggal yang bermaksud tidak terbuka kepada media atau orang awam.

Beckham hadir ke mahkamah untuk menyebut nama penuh, tarikh lahir dan alamat rumahnya di barat London.

Pendakwa Matthew Spratt berkata Beckham dirakam seorang individu ketika dia memandu secara perlahan sambil memegang telefon bimbitnya.

"Daripada melihat ke hadapan, memberi perhatian ke jalan raya, dia melihat ke arah pangkuannya," katanya.

Beckham sudah dikenakan penalti enam mata kerana memandu laju, jadi dia tidak dibenarkan memandu selama enam bulan.

Suami kepada penyanyi Spice Girls, Victoria itu juga didenda 750 pound sterling (RM4,053) dan diarahkan supaya membayar 100 pound sterling (RM540) untuk kos pendakwaan dan bayaran tambahan sebanyak 75 pound sterling (RM405) dalam tempoh tujuh hari. - Metro.co.uk

Artikel Lain