suria

Messi dimaki penyokong Barcelona sebaik tiba di lapangan terbang

Messi dipersalahkan atas kekalahan Barcelona di tangan Liverpool.

API kemarahan penyokong Barcelona nampaknya masih belum surut.

Terbaharu sekumpulan penyokong Barcelona mencaci Lionel Messi sebaik sahaja dia tiba di Lapangan Terbang John Lenon selepas tersingkir daripada saingan Liga Juara-Juara di tangan Liverpool.

Liverpool mara ke final selepas bangkit meledak empat gol di Anfield, awal pagi Rabu.

Messi cemerlang ketika Barcelona menang 3-0 pada aksi pertama di Nou Camp tetapi gagal menyerlah ketika bertandang ke kubu lawan.

Peyerang itu dilihat mengalirkan mata sebaik sahaja pengadil Cuneyt Cakir meniupkan wisel penamat.

Malah Messi diarahkan untuk menjalani ujian doping selepas kekalahan itu dan dia turut ditinggalkan bas membawa pasukan Barcelona keluar dari perkarangan stadium Anfield.

Sebaik sahaja Messi tiba di lapangan terbang selepas memberikan sampel urin, dia didatangi sekumpulan penyokong Barcelona yang bertindak memakinya.

Menurut El Chiringuito TC, salah seorang penyokong berteriak:"Messi anda kapten! Anda bertanggungjawab!".

Mundo Deportivo melaporkan Messi turut diboo dan dikecam ketika dia meninggalkan lapangan terbang.

Pepe Costa, Pengarah Bahagian Pemain Barcelona turut terlibat dalam kekecohan yang dicetuskan penyokong yang berang sebelum situasi itu berjaya dikawal. - Metro.co.uk

Lionel Messi, Barcelona, Liverpool

Artikel Lain