suria

Teguk air sejuk selepas perlawanan, pemain bola mati akibat serangan jantung

Ludwin Florez Nole meninggal dunia sewaktu dalam perjalanan ke klinik. (Gambar Hiasan: WebMD)

SEORANG pemain bola amatur mati mengejut selepas dia meneguk air sejurus berakhirnya perlawanan.

Ludwin Florez Nole, 27, baru sahaja selesai beraksi untuk kejohanan Los Ranges di daerah Sullana, Peru.

Ujar isterinya, dia pulang ke rumah sebelum meneguk segelas air sejuk.

"Selepas itu dia mula mengalami sakit dada, saya bawa dia ke klinik berdekatan tetapi dia meninggal dalam perjalanan.

"Doktor kata dia mengalami serangan jantung sebab minum terlalu banyak air sejuk sewaktu badan masih panas," ujar wanita itu.

Pakar perubatan percaya air sejuk menyebabkan berlakunya perubahan dalam kadar degupan jantung pemain bola itu sehingga menyebabkan berlakunya tindak balas kardiovascular. - Daily Mail.

Artikel Lain