suria

Portugal sahkan Ronaldo sertai Liga Negara-Negara

Cristiano Ronaldo. Foto Reuters

CRISTIANO Ronaldo akan membarisi skuad Portugal dalam Liga Negara-Negara pada musim panas ini, selepas berehat daripada penyertaannya dalam perlawanan antarabangsa.

Ronaldo sebelum ini tidak mengambil bahagian dalam mana-mana perlawanan peringkat kumpulan menentang Itali dan Poland.

Sebaliknya, beliau mahu berehat selepas kejohanan Piala Dunia.

Walaupun Ronaldo kembali untuk menyertai kelayakan Euro 2020, tetapi terdapat kebimbangan dalam kalangan penyokong sebelum ini mengenai bintang bola sepak itu tidak akan menyertai perlawanan Liga Negara-Negara pada musim panas ini. - Daily Mail UK


Artikel Berikut

Neymar buat hal lagi!

Artikel Lain