suria

Perebutan trofi liga, Robertson yakin Man City berada dalam tekanan

Andy Robertson

PEMAIN pertahanan Liverpool Andy Robertson yakin semua tekanan tertumpu kepada Manchester City dalam perebutan gelaran Liga Perdana musim ini.

Juara bertahan itu kembali menguasai kedudukan liga selepas Liverpool mencatat seri 0-0 ke atas Everton dalam aksi pada Ahad.

Dengan berbaki sembilan perlawanan musim ini, anak buah Jurgen Klopp perlu mengatasi City yang menewaskan Bournemouth 1-0 Sabtu lalu.

Robertson yakin kini skuad Pep Guardiola berada dalam tekanan walaupun The Reds berjuang untuk merangkul gelaran juara buat kali pertama sejap 1990.

"Kami kini menjadi pemburu dan semua tekanan terletak di Manchester City.

"Kami akan berjuang hingga ke wisel akhir hujung musim ini. Tekanan ke atas City kerana mereka dijangka akan mengekalkan kejuaraan.

"Everton fikir mereka boleh menghalangkan kami daripada menjuarai liga. Ia menunjukkan bagaimana kami mengatasinya," jelasnya.

Liverpool hanya mencatat dua daripada lima perlawanan terakhir dan bakal bertemu Burnley Ahad ini. - Onefootball

Andy Robertson, Liverpool

Artikel Lain