suria

Ronaldo, Messi bersaing untuk atasi rekod gemilang Pele

DUNIA bola sepak hari ini menyaksikan persaingan sengit antara Cristiano Ronaldo dan Lionel Messi.

Nama dua bintang ini sering diperkatakan, sebagaimana Pele menjadi sebutan ramai sewaktu zaman kegemilangannya suatu ketika dahulu.

Sepanjang kerjaya, Pele mencatat 619 gol menerusi 638 penampilan.

45 tahun selepas itu, rekod berkenaan masih lagi belum diatasi mana-mana pemain.

Pele.

Namun, Ronaldo dan Messi berkemungkinan besar akan mengatasi rekod itu tidak lama lagi.

Sehingga kini, Messi mengumpul 575 gol dalam 638 perlawanan.

Ronaldo pula sudah menjaringkan 589 gol menerusi 789 perlawanan.

Ini bermakna Messi perlu menjaringkan 45 gol lagi untuk mengatasi rekod itu.

Pele sebelum ini pernah memberi komen mengenai rekod itu.

Mengulas mengenai Messi, Pele ternyata skeptikal dengan bintang itu jika dia benar-benar mampu untuk menewaskannya. - Mirror.UK.

Lionel Messi, Cristiano Ronaldo, Pele

Artikel Lain