suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mbappe jawab spekulasi perpindahan ke Real Madrid susulan kemenangan 9-0 PSG

ANTARA nama paling hangat dalam suka bola sepak hari ini, Kylian Mbappe sering menjadi buruan pelbagai pihak.

Dia yang kini bermain untuk pasukan Paris Saint-German (PSG) turut dikaitkan dengan perpindahan ke kelab gergasi, Real Madrid.

Pemain kelahiran Perancis berusia 20 tahun itu bagaimanapun enggan membuat ulasan panjang mengenai spekulasi itu.

"Saya rasa seronok di sini, tapi kita tak akan tahu apa yang akan terjadi dalam bola sepak.

"Saya ada kontrak bersama PSG sehingga 2021 dan sekarang bukan masa yang sesuai untuk fikir mengenai perpindahan," ulasnya ringkas.

Bercerita mengenai kemenangan 9-0 pasukannya ke atas Guingamp, Mbappe mengakui gembira dan turut memuji rakan sepasukannya.

"Ianya satu perlawanan yang sengit. Kami perlu bersaing dengan mereka.

"Ini tentunya detik paling penting untuk musim ini, semangatnya juga terasa lain," ujarnya lagi.

Selain Mbappe, pasukan itu turut dibarisi Neymar dan Edinson Cavani. - Express.UK.

Kylian Mbappe, PSG

Artikel Lain