suria

Murray menangis ketika umum bakal bersara

ANDY Murray tidak dapat menahan air matanya ketika mengumumkan bakal bersara daripada dunia tenis tahun ini.

Murray menitis air mata ketika membuat pengumuman dan mendedahkan kecederaan sangat 'hebat' dialami ketika aksi Terbuka Australia yang bermula Ahad lalu.

Malah juara dua kali Wimbledon yang berusia 31 tahun itu memberitahu ia mungkin kejohanan yang terakhir buatnya.

Namun berharap dia mampu bertahan hingga ke Wimbledon (1-14 Julai) tahun  ini walaupun sedar ia sesuatu yang sukar berdasarkan situasinya sekarang.

"Saya tidak baik," ujarnya dengan suara sedih kepada media.

Selepas itu dia terus mengalir air mata dan meninggalkan bilik sidang media beberapa minit untuk mententeramkan dirinya.

"Jelas sekali saya berada dalam situasi sukar sekian lama. Saya berada dalam kesakitan selama 20 bulan sehingga sekarang.

"Saya sudah melakukan segalanya setakat ini dan akan cuba untuk pulihkan pinggul , tetapi ia tidak banyak membantu. Saya berada di tempat yang baik berbanding enam bulan lalu, namun terlalu banyak kesakitan. Sangat sukar.

"Saya akan bermain di sini. Saya masih boleh bermain dalam tahap tertentu, bukan tahap yang saya gembira.

"Pertengahan Disember lalu saya berbincang dengan pasukan dan beritahu mereka saya tidak boleh teruskan lagi.

"Saya fikir saya perlu hentikan kerana tidak ada idea ketika bermain apabila sakit," jelasnya.

Ketika ditanya sama ada kejohanan ini mungkin yang terakhir, Murray berkata: "Yang pasti ada perubahan di sana.

"Saya tidak pasti boleh bertahan atau tidak lagi dalam tempoh empat atau lima bulan.

"Saya perlukan satu lagi sedikit pembedahan," jelasnya.

Kejohanan Terbuka Australia yang berlangsung di Melbourne Park bermula 14-27 Januari ini bagi undian utama.-Dailymail

Andy Murray

Artikel Sebelum

Kedah rangka strategi menyerang

Artikel Berikut

Mourinho kini jadi pengulas sukan

Artikel Lain