suria

Mourinho kini jadi pengulas sukan

SELEPAS dipecat sebagai pengurus Manchester United bulan lalu, Jose Mourinho kini tidak perlu menunggu tempoh yang lama untuk mendapat kerja baharu.

Mourinho kini dinamakan sebagai pengulas sukan untuk beIN SPORTS.

Mourinho akan memulakan tugasnya mengulas perlawanan Liga Perdana Inggeris (EPL) antara Arsenal dan Chelseapada 19 Januari ini.

Malah Mourinho turut akan mengulas perlawanan Piala Asia membabitkan Qatar menentang Arab Saudi, dua hari sebelum perlawanan penting itu.

Pengendali dari Portugal itu juga pernah menjadi pengulas sukan untuk stesen televisyen Rusia, RT pada aksi Piala Dunia musim panas lalu.

Mourinho kini dikaitkan bakal kembali ke Real Madrid selain turut menerima tawaran daripada Benfica.

Namun dia mendedahkan tiada niat untuk bertugas di Portugal.

"Saya tidak mahu pergi ke sana tetapi cara terbaik untuk menghormati sebuah kelab hebat (Benfica) dan presiden hebat adalah mengatakan saya tidak mendapat sebarang tawaran.

"Jika ya, Benfica adalah orang pertama yang mengetahui keputusan saya. Namun untuk membantu menamatkan spekulasi ini, saya akan katakan buat masa sekarang, hari ini, saya tiada niat untuk bekerja di Portugal," katanya. - Mirror.co.uk

Jose Mourinho

Artikel Sebelum

Artikel Lain