Bergelut kecederaan, Pogba komited bantu MU tewaskan pasukan lawan - Sukan | mStar

Bergelut kecederaan, Pogba komited bantu MU tewaskan pasukan lawan

BERGELUT dengan kecederaan, namun pemain muda berbakat besar Paul Pogba komited dengan kemampuannya untuk berhadapan dengan Tottenham Hotspur, Ahad ini.

Selain Pogba sendiri, pengendali Manchester United (MU), Ole Gunnar Solskjaer turut meluahkan keyakinan terhadap kemampuannya.

Pogba baru-baru ini lewat beberapa hari dan tidak berangkat bersama pasukannya ke Dubai untuk menjalani latihan.

Sesi latihan pemain MU.

Dia tiba berasingan namun Solskjaer percaya pemain tengah itu sudah bersedia untuk beraksi menentang pasukan lawan.

"Dia kelihatan sudah baik menjelang tamatnya latihan. Saya yakin dia sudah sihat.

"Dia memang mempunyai masalah, tetapi dia kelihatan baik-baik sahaja dalam beberapa sesi, saya yakin dia bersedia," ujarnya.

Dalam pada itu, Pogba disifatkan sebagai antara senjata utama yang membantu MU mencatatkan rekod kemenangan lima kali dibawah naungan pengendali baharu itu.

Ia sekaligus turut membantu Pogba membina kembali reputasinya selepas dia sebelum ini sering dikritik sewaktu berada di bawah naungan Jose Mourinho. - Metro.UK.

Paul Pogba , MU , Ole Gunnar Solskjaer

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Berkaitan

Lebih Artikel