suria

Aksi ONE Championship musim 2019 buka tirai 25 Januari, aksi jaguh dunia ditunggu

Eustaquio bakal tampil pada aksi sulung musim ini di Manila. Foto: ONE Championship.

PETALING JAYA: ONE Championship membuka tirai musim 2019 dengan perlawanan pertama ONE: Hero Ascent yang bakal berlangsung di Arena Mall of Asia, Manila, pada 25 Januari ini.

Pastinya peminat-peminat sukan bela diri tidak sabar untuk menyaksikan pejuang-pejuang terkenal dunia memulakan aksi di kandang ONE Championship musim ini.

Penyandang juara Dunia ONE Flyweight, Geje 'Gravity' Eustaquio dari Filipina akan tampil mempertahankan gelarannya menentang Adriano 'Mikinho' Moraes dari Brazil dalam perlawanan trilogi yang penuh bersejarah.

Kali pertama Moraes mengalahkan Eustaquio adalah pada September 2014, yang menyaksikan dia menang pada pusingan kedua menerusi teknik cekikan 'guillotine'.

Eustaquio kemudian memanjat tanga kedudukan untuk merebut kembali peluang untuk bertemu semula dengan pemain dari Brazil itu, selepas empat tahun.Dia memenangai gelaran Dunia ONE Interim Flyweight selepas menang kepada Kairat Akhmetov pada Januari 2018, sekali gus mengatur kembali pertemuan dengan Moraes untuk  merebut kembali gelarannya.

Namun pada perlawanan itu Eustaquio dan Moraes kelihatan enggan mengalah sehingga membawa pertarungan ke pusingan kelima.Gravity, akhirnya berjaya meraih kembali kejohanan ituKini, kedua-duanya bakal bersua sekali lagi dalam perlawanan penentuan bagi menentukan siapakah pemilik sebenar yang layak menyandang gelaran Dunia ONE Flyweight.

Sementara itu anak didik pasukan Lakay, Danny 'The King' Kingad, yang berasal dari Baguio City, Filipina bakal berdepan pemain veteran dari Jepun, Tatsumitsu 'The Sweeper' Wada dalam pertarungan antara pesaing teratas flyweight.

Aksi Kingad (kanan) musim lalu. Foto: ONE Championship

Sejak tumpas kepada Moraes menerusi penyerahan di pusingan pertama pada November 2017, Kingad telah kembali merebut  pesaingan gelaran.

Dia kemudian meraih mata 3-0 pada 2018 dan dilihat akan terus membuat kenyataan pada tahun baharu ini dengan kemenangan padu.Dalam pada itu, Wada membuat kemunculan sulungnya di ONE Championship pada Julai lalu, namun tumpas kepada Reece McLaren.

Bagaimana pun dia bangkit kembali beberapa bulan kemudian dengan mengalahkan Eugene Toquero pada pusingan pertama.

Bintang handalan Muay Thai yang semakin meningkat naik, Rodtang 'Iron Man' Jitmuangnon dari Thailand dijadualkan kembali ke acara ONE Super Series dalam perlawanan menentang Fahdi Khaled dari Tunisia.

Acara tontonan yang penuh aksi itu akan menampilkan kedua-dua artis seni mempertahankan diri berkenaan menggayakan sarung tangan seberat 4 auns.

Sebelum ini, Rodtang, yang juga Juara Dunia Muay Thai Omnoi Stadium, berjaya membuat kemunculan sulungnya di ONE Super Series pada September dengan menguasai Sergio Wielzen untuk meraih keputusan  sebulat suara.

Selain itu Khaled, yang berlatih di Kem Latihan Venum di Thailand, merupakan seorang peninju yang berjaya dan bersedia membuat kemunculan sulungnya di ONE Championship menentang bintang handalan Muay Thai yang terhangat pada masa kini.

Pinas yang menyingkirkan Yohann Fairtex Drai menerusi teknik putaran siku belakang pada ONE: Warrior's Dream  kini mengumumkan ketibaannya di pentas global seni mempertahankan diri menerusi kemenangan pertamanya.

Bangpleenoi, yang berhasrat untuk menarik perhatian dunia pada kemunculan pertamanya di ONE Super Series, akan mempamerkan pengalaman Muay Thainya dan mengalahkan Pinas.

Elias Mahmoudi dari Perancis akan turut membuat kemunculan sulungnya di ONE Super Series dengan menentang Yukinori Ogasawara dari Jepun.

Dia merupakan Juara Dunia WPMF, manakala, Ogasawara adalah Juara Muay Thai WBC Japan Super Bantamweight.

Kedua-dua pejuang berbakat ini mempunyai matlamat untuk memberikan persembahan terbaik untuk dipertontonkan kepada seluruh dunia di Arena Mall of Asia.Artis seni mempertahankan diri campuran dari Korea Utara, Sung Jong Lee, memutuskan untuk kekal dalam divisyen ONE Championship featherweight.

Dia akan menentang Tang Kai dari China yang muncul buat pertama kalinya di ONE Championship.

Pejuang sensasi Malaysia, Mohammed 'Jordan Boy' Mahmoud kembali dengan pantas kali ini untuk berdepan Hiroaki Suzuki dari Jepun.

Jordan Boy akan meneruskan pertarungan  dalam ONE Championship musim 2019.

Pada November lalu, Suzuki menyertai ONE Super Series buat pertama kalinya dan mengalahkan Deividas 'The Lithuanian Savage' Danyla dalam perlawanan tiga pusingan yang penuh debaran di  acara ONE: Conquest of Champions.

Pada masa yang sama, Jordan Boy membawa kemenangan kepada kampung halamannya, Kuala Lumpur, selepas mengalahkan Greek 'Dynamite' Mikkios menerusi pukulan kalah mati yang menakjubkan pada pusingan pertama.

Memulakan aksi pada perlawanan awal di acara pertama ini  adalah Egi Rozten dari Indonesia dan Himanshu Kaushik dari India untuk kategori strawweights. Sebelum ini, Rozten meraih kemenangan dalam dua perlawanan, masing-masing melalui pukul kalah mati.

Rozten  yang juga juara tinju serantau mula mempamerkan kekuatannya dengan menunjukkan kehebatan pukulan tangannya kepada peminat di kampung halaman.Bagaimanapun, Kaushik tidak sabar untuk menggunakan Rozten sebagai batu loncatan.

Ini kerana, juara tujuh kali wushu India  itu ingin membuktikan bahawa dia adalah pencabar teratas dan akan membuktikannya dengan mengalahkan lawannya dari Indonesia itu.

One Championship, Hero Ascent

Artikel Sebelum

Artikel Berikut

Artikel Lain