suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Abang Pogba dedah Mourinho punca masalah di Manchester United

Prestasi Pogba dilihat semakin baik selepas Mourinho dipecat.

MATHIAS Pogba menyalahkan Jose Mourinho berkaitan dengan prestasi adiknya.

Abang kepada bintang Manchester United Paul Pogba memberitahu, Mourinho adalah punca masalah di Old Trafford.

Namun semuanya berubah selepas Mourinho dipecat bulan lalu apabila Pogba berjaya menjaringkan empat gol serta menjadi pembantu jaringan.

Pemain tengah itu juga berdepan dengan saat mengecewakan apabila lebih banyak berada di bangku simpanan atau menjadi pemain ganti serta lilitan kapten ditarik sepanjang beberapa minggu terakhir sebelum pengendali Portugis itu dipecat.

"Masalahnya adalah Mourinho. Di bilik persalinan, di luar bilik...semuanya.

"Saya kenal adik saya, dan jika anda menyuruhnya dia pergi, bermain, rehat dia akan buat.

"Apa yang kita lihat pada Mourinho, dia sentiasa mahu perhatian.

"Paul, dia tidak menjangkakan apa-apa, anda hormat dia, dia akan hormati anda, anda percayakannya, dia akan bermain untuk anda dalam perlawanan besar," ujarnya kepada RMC Sport.

Setakat ini Pogba meerakam tujuh gol dalam sembilan perlawanan musim ini. -Onefootball

Mathias, Pogba

Artikel Lain