suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Pemain United mahu Solskjaer jadi pengurus tetap

PEMAIN Manchester United mahu Ole Gunnar Solskjaer dilantik sebagai pengurus tetap pasukan itu pada musim panas ini.

Solksjaer menggantikan Jose Mourinho pada bulan lalu dan berperanan sebagai pengurus sementara United sehingga hujung musim ini.

Lembaga pengarah United akan membuat keputusan mengenai pengurus baharu skuad itu dalam tempoh beberapa bulan lagi dan menyifatkan pengurus Tottenham Mauricio Pochettino sebagai calon terbaik.

Namun The Mirror mendakwa pemain United menyokong Solksjaer diberikan jawatan kekal di Old Trafford.

Solskjaer mengemudi United memenangi lima perlawanan setakat ini dan memberi nafas baharu kepada Paul Pogba dan Marcus Rashford.

Romelu Lukaku turut memuji taktik permainan Solksjaer dan mendedahkan pengendali dari Norway itu membuat analisis corak permainannya semasa kali pertama mereka bertemu di Old Trafford.

Ujian sebenar United dibawah kendalian Solskjaer adalah pada hujung minggu ini apabila Red Devils berkunjung ke Wembley bertemu Tottenham dalam aksi Liga Perdana Inggeris (EPL). - Metro.co.uk

Ole Gunnar Solksjaer

Artikel Lain