suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

"Gelanggang seperti lebih besar" - Chong Wei

KUALA LUMPUR: "Rasa seperti gelanggang lebih besar!", ujar jaguh  badminton negara Datuk Lee Chong Wei selepas kembali menjalani latihan di Akademi Badminton Malaysia  (BAM) pada Isnin.

Pemain berusia 36 tahun itu tiba di gelanggang ABM, venue latihan pemain-pemain kebangsaan selepas beliau didianogsis mengalami kanser hidung tahun lalu.

Chong Wei membuat kejutan hadir pada Jumaat lalu ke ABM, namun hanya membuat latihan ringan di gimnasium.

Kali ini, Chong Wei menghabiskan masa lebih satu jam dalam sesi latihan tertutup sebelum ke gimasium untuk latihan selama dua jam.

Chong Wei mengakui dia berasa 'lain' pada hari pertama latihan selepas enam bulan berehat.

"Tidak berlatih selama lima hingga enam bulan seperti tempoh yang panjang, jadi ia berasa berbeza sekali pada hari pertama kembali ke gelanggang.

"Semuanya baik. Pada ketika ini, saya hanya menjalani latihan ringan untuk mendapatkan 'feel' di gelanggang. Gelanggang seperti makin besar!.

"Tetapi ia memang dijangka. Pastinya saya perlukan lebih masa untuk kembalikan rutin normal," ujarnya.

Bagaimana pun Chong Wei mengakui beliau akan menghabiskan banyak masa di gimnasium untuk latihan kekuatan dan kecergasan.

"Saya tidak terlalu risau mengenai kemahiran. Paling penting sekarang adalah kembali mendapatkan kecergasan di tahap terbaik," jelas pemenang pingat perak Sukan Olimpik ini.

Ia dijangka permulaan yang baik buat Chong Wei kembali ke gelanggang menjelang Kejohanan Terbuka Malaysia yang menyaksikan beliau bakal mempertahankan kejuaraannya buat kali ke-13 pada 2  hingga 7 April ini.

Artikel Lain