suria
Nexus- chevron_right featured_seasonal_and_gifts0
info
Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda dan tebus hadiah di Nexus.
close hadiah

Ganjaran Anda Sedang Menanti!

Kekal berdaftar untuk menyimpan mata ganjaran anda. Klik pada mata ganjaran untuk menebus hadiah di Nexus sebelum tamat tempoh.

Daftar Masuk Sekarang

Mourinho tolak tawaran Benfica, mahu latih kelab elit

Jose Mourinho.

JOSE Mourinho dilaporkan menolak tawaran mengemudi Benfica.

Bekas pengurus Manchester United itu yang dipecat pada bulan lalu ditawarkan peluang untuk berbakti kepada kelab di negara kelahirannya, Portugal.

Benfica sedang giat mencari jurulatih baharu selepas pemecatan Rui Vitoria dan mempertimbangkan Mourinho sebagai calon terbaik untuk jawatan tersebut.

Namun Sky Sport mendakwa Mourinho menolak tawaran untuk kembali menjadi jurulatih bulan ini.

Mourinho mahu menguruskan kelab terkemuka dan menganggap kembali ke Portugal hanya akan dilakukan di akhir kariernya.

Pengendali berusia 55 tahun itu pernah memimpin Porto dan membantu pasukan itu menjulang trofi Liga Juara-Juara Pada 2004.

Meskipun dikecam hebat kerana kegagalannya mengemudi United, Mourinho tidak pernah serik untuk melatih mana-mana kelab elit di Eropah selepas ini.

Ini bermakna Mourinho terpaksa menunggu sedikit masa sahaja lagi sehingga hujung musim untuk mendapat kerja baharu.

Timbul khabar angin Mourinho dikaitkan kepulangan semula ke Real Madrid pada musim panas ini. - Metro.co.uk

Jose Mourinho

Artikel Lain