suria

Giggs pilihan utama United sebelum lantik Solksjaer

Ryan Giggs.

MANCHESTER United terbuka untuk melantik Ryan Giggs sebagai pengganti Jose Mourinho sebelum mereka menamakan Ole Gunnar Solksjaer sebagai pengurus sementara pasukan itu.

Giggs pernah mengemudi United ketika David Moyes dipecat pada 2014 dan berkhidmat sebagai pembantu Louis van Gaal selama dua tahun hingga 2016.

Bekas kapten United itu dipersiapkan untuk jawatan tersebut tetapi dia meninggalkan Theatre of Dreams ketika Mourinho mengambil alih tugas di Old Trafford.

Sejak dari itu Gigss memainkan peranan besar dalam mengendali skuad kebangsaan Wales.

Lembaga pengarah United mahukan seorang jurulatih yang mengenali kelab dan boleh memulihkan semula semangat pemain selepas prestasi hambar dibawah kendalian Mourinho.

Giggs menjadi pilihan utama United sebelum melantik Solksjaer sebagai pengurus sementara pasukan itu.

Solskjaer memenangi kesemua empat perlawanannya sebagai pengurus sementara dan United akan mempertimbangkan untuk melantiknya secara tetap jika mereka gagal mendapatkan khidmat Mauricio Pochettino.

Pengendali dari Norway itu terdesak untuk kekal di Old Trafford dan dia turut mendapat sokongan kuat bekas pengurus United, Sir Alex Ferguson.

Ferguson berada di padang latihan Carrington pada Sabtu dan bercakap dengan pemain United sebelum bertemu beberapa pemain secara peribadi.

Dia mengingatkan semua pemain mengenai tanggungjawab mereka sebagai pemain United dan tugas mereka untuk mewakili kelab dan juga nilainya.

Solksjaer dijangka membuat beberapa rombakan ketika United bertemu Reading di Old Trafford pada pusingan ketiga Piala FA, Sabtu.

Alexis Sanchez dan Romelu Lukaku akan diturunkan tetapi Paul Pogba terpaksa direhatkan selepas mengalami kecederaan ketika United menang ke atas Newcastle, Rabu lalu. - Metro.co.uk

Ryan Giggs, Ole Gunnar Solksjaer

Artikel Sebelum

Artikel Lain